Assalamualaikum,
Akal jangan dibiarkan bersendirian
Kerana ia adalah ciptaan Tuhan
Setiap ciptaan Tuhan mestilah berhadapan dengan
kekurangan dan kelemahannya
Akal adalah makhluk rohani yang mempunyai sifat-sifat
kekurangan
Hendaklah dia diberi kekuatan
Kekuatannya mestilah dia bersandar dengan Tuhan jangan
bersendirian
Akal adalah guru diri manusia
Dia adalah penyuluh jalan kehidupan dunia dan Akhirat
bagi insan
Pemandu hidup manusia di mayapada Tuhan
Akal mestilah dipimpin oleh Tuhan dan dipandu oleh
wahyu Tuhan
Dia tidak mempunyai kekuatan jika bersendirian
Cuma manusia sahaja rasa akal ada kekuatan
Jika dia bersendirian memimpin diri manusia, mesti
tersesat jalan
Tersesat jalan risikonya amat mengancam kehidupan
insan
Bukan sahaja padahnya diterima di dunia bahkan
bersambung di Akhirat kelak
dengan azab Tuhan
Akal di dalam diri memimpin diri manusia, dia mestilah
dipimpin oleh Tuhan
Pemimpin di dalam pimpinan-Nya iaitu Tuhan agar dia
memimpin manusia
tidak tersesat jalan
Kerana itulah apabila dikatakan gunakanlah akal
Bukan ertinya menggunakan akal yang bersendirian
Menggunakan akal yang dipandu oleh Tuhan, itulah yang
dimaksudkan
Bukan dia memimpin bersendirian tanpa Tuhan
Setiap manusia haraplah ambil perhatian
Jika manusia mahu selamat di atas jalan keselamatan
Untuk semua,
26/12 tragedi Tsunami,
Cuba bukak Al-Quran Juzuk 12 ayat 26 surah Hud (kalau tak silap)
Ayat tu berkaitan tentang cerita Nabi Nuh (banjir besar),
Maknanya lebih kurang - "Bahawa janganlah kamu sembah selain Allah, sesungguhnya Aku cemas/khuatir terhadap kamu akan mendapat siksaan pada hari kesedihan."
Kalau silap, sila betulkan.
Apa yang terjadi di dunia sekarang, ramai yang bersedih termasuk kita bila melihat di muka akhbar dan kaca tv tentang berita mangsa Tsunami, kematian demi kematian kita dengar, kerosakan harta benda dan macam-macam lagi. Adakah ini bala atau ujian?
Hari sebelumnya, 25/12 (Christmas), ramai umat islam yang menyambut hari tersebut dengan secara tidak langsung, ada pula yang memotong kek, merasmikan, bersama2 menyambut dengan orang kafir, berpesta dan macam2 lagi, Ini ke yang dikatakan umat islam (negara islam)? fikirkanlah semua ini....
3 hari lagi dunia akan menyambut tahun baru (1st Januari) termasuk Malaysia yang dikatakan nagara islam, sambutannya akan lebih meriah dari Awal Muharram. Negara islamkah negara kita?
satu lagi perkara, apalah kiranya bajet @ peruntukkan yang disumbangkan kepada sambutan ini disalurkan kepada mangsa Tsunami, sambutan2 di Bukit Jalil, KLCC, dataran merdeka dan tempat2 lain yang setiap tahun menjadi tumpuan ramai, beribu malahan mungkin berjuta RM malaysia membazir bagi sambutan tahun baru dengan membakar bunga api, konsert, lampu2 yang berwarna-warni, yang disambut sama caranya dengan orang kafir & yahudi. Cara islam ke?
Tepuk dada tanya iman.
( Credit to ZAv Cgo)

No comments:
Post a Comment